UJIAN!
WELCOME BACK TO AUNIZZZZ BLOG!!!
HAiii. Jadi harini saya nak cakap pasal ujian yang semua manusia lalui. Perasan tak, kalau kita didatangi dengan ujian kita akan mengeluh atau penat dan selalu anggap kita tak mampu. Tapi bila kita nampak orang yang lagi susah daripada kita, automatik kita akan cakap, "kalau aku jadi dia, aku tak tahu macam mana nak hidup". Nampak tak kat situ, kita dah tahu bahawa setiap perjalanan ujian seseorang tu berbeza-beza. dan semua ujian yang kita lalui, semuanya kita mampu untuk hadapinya. Sebab tula tak kira berapa susah orang tu, berapa payah ujian dia, dia boleh laluinya. Tahu, kenapa kita ada ujian?
Sebab, kalau hidup kita ni cerah je mesti kita bosan. Dengan adanya ujian, secara tak langsung kita menjadi lagi kuat. Sebab kita tahu apa yang kita patut lakukan untuk hadapi ujian itu. Okay, kalau kita cari dekat internet apa itu ujian. KIta akan jumpa "prosedur yang bertujuan untuk menentukan kualiti, prestasi, atau kebolehpercayaan sesuatu, terutama sebelum ia digunakan secara meluas." nampak tak, untuk ujian ni bertujuan untuk menentukan kualiti. Sebab tu bila Allah uji seseorang, itu sebab untuk lebih kuatkan iman kita. dan
ayat Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.”
(al-Ankabut: 2-3)
Jadi ujian tu berlaku supaya kita sebagai umat Islam ini lebih mengenal Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh isi alam semesta ini. dan kunci solusi untuk menghadapi ujian ini adalah dengan sabar dan tabah. Selain itu, kita kena solat kerana
Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(al-Baqarah: 153)
Dan sebagai seorang manusia, yakinlah kita bahawa ujian yang diturunkan ini adalah kebaikan buat diri kita. Kerana takdir Allah pada hambanya tidak pernah salah. Yang salah hanyalah pilihan diri kita sendiri. Dalam wabak COVID-19 ini, kita kena berdoa. Kerana doa adalah senjata mukmin.
Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dan saya nak menyeru semua yang membaca ini agar kita semua sentiasa bersyukur kerana kita dapat rasai segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Dengan syukur, kita semua merasakan seolah-olah semua perkara cukup buat kita.
Menurut Ibn ‘Ataillah:
“Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Allah, bererti dia bersedia untuk kehilangan nikmat tersebut. Namun, sesiapa yang mensyukurinya, bererti dia telah mengikatnya dengan kekangnya.”
Bila ujian datang, kita kena sentiasa redha dan bersyukur sebab Allah masih ingat pada kita. Jadi jangan kita sedih atas sebab susahnya ujian tetapi yakinlah susahnya ujian membuat kita langkah demi langkah lebih dekat pada-Nya. Dan ingat bahawa, kita punya ujian jauh lebih ringan berbanding orang lain. Dan ujian kita ini tidak seberat ujian Nabi. Walhal Nabi sendiri adalah maksum.
Sa’ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang:
“Siapakah orang yang paling berat cubaannya?”
Beliau menjawab:
“Rasulullah S.A.W pernah bersabda (yang bermaksud): “Orang yang paling berat cubaannya ialah para Nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang di bawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah, maka cubaan yang menimpanya juga sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di muka bumi tanpa memiliki sebarang dosa lagi.”
Jadi Inshaa Allah segala yang berlaku dalam hidup kita ini diberkati oleh Allah. Semoga ilmu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid mampu memberi manfaat buat kita semua. Aamiin💖
Comments
Post a Comment