AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


WELCOME BACK TO AUNIZZZZ BLOG!!!


Assalamualaikum semuaaa. Harini saya nak cakap tentang amar makruf nahi mungkar. Kalau kita dengar je amar makruf nahi mungkar ni mesti kita tahu bahawa amar makruf bermaksud menyeru manusia melakukan kebaikan manakala nahi mungkar bermaksud mencegah daripada melakukan kemungkaran atau maksiat.

PENTINGKAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR????!!!!

YES! Penting sangat sebab orang yang tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar dianggap mempunyai iman yang lemah. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai umat islam. 

Firman Allah yang bermaksud

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

(ali Imran: 104)


APA JADI KALAU KITA TAK NAK LAKSANAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR?!!!

Allah SWT akan menimpakan pelbagai azab dan bencana kepada orang yang tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

 

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman, Nabi SAW bersabda :

“Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, lakukanlah seruan kepada yang makruf dan cegahlah dari kemungkaran atau hampir pasti Allah akan menurunkan seksa padamu, kemudian kamu berdoa tetapi doa kamu tidak dapat diterima lagi”.

(Riwayat Muslim)


Jadi nampak tak betapa dasyatnya kesan kalau kita tak nak melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Bukan sahaja kita ditimpa azab malahan yang lebih parah lagi DOA TIDAK DITERIMA! Allahu Rabbi. Tapi kalau kita laksanakan amar makruf nahi mungkar ni kita digelar sebagai umat yang terbaik dan menjadi tunggak keunggulan umat.


Firman Allah yang bermaksud 

 "Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah."

(ali Imran: 110)


Melaksanakan amar makruf nahi mungkar ni sangat penting sebabkan kita dapat menghidupkan jiwa dan hati ni untuk terus berbuat kebaikan dan benci kepada kemaksiatan. Allah akan menolong hambanya yang sentiasa istiqomah berdakwah kerana Allah, semata-mata demi menyelamatkan manusia yang kian parah didunia ini. 


Daripada Abdullah bin Amru, Nabi SAW bersabda

"Seorang muslim (yang sempurna islamnya) ialah (apabila) seseorang muslim (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya." 

(Riwayat Muslim)


pentingnya menjaga kesucian agama Islam daripada dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif kerana apabila pegangan agama menjadi semakin lemah, kita pasti akan memandang remeh terhadap syariat Islam dan berani memperlihatkan perbuatan dosa.

macam mana nak melaksanakan amar makruf nahi mungkar 


Daripada Abi Sa'id Al-Khudri berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda

“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya (kuasanya), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya (nasihat), jika tidak mampu maka ubahlah (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman”.


dan kepada semua yang nak nasihat sahabat-sahabat janganlah tegur secara kasar tetapi tegurlah secara berhikmah😊


Firman Allah yang bermaksud

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik"

(al-Nahl: 125)


Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah bahawa Rasulullah SAW bersabda

“Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap takbir adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah”

INGAT bahawa segala perkara kebaikan yang kita lakukan adalah sedekah. Sedekah ini bukan sahaja daripada wang ringgit tetapi doa pun dikira sebagai sedekah. Amalan kebaikan yang kita lakukan juga adalah sedekah. Dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar segala amalan yang kita lakukan diterima disisi Allah SWT. Inshaa Allah💗

Akhir kata, saya berharap sangat semua yang membaca mendapat ilmu Allah Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rashid dan sentiasa istiqomah mempraktikkannya. Dan ingat bahawa Allah SWT mengutuk masyarakat yang tidak mengamalkan amar makruf nahi mungkar sesama mereka. 


Firman Allah SWT yang bermaksud

"Mereka tidak melarang antara satu sama lain kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka telah lakukan itu."

(al-Maidah: 79)


Moga-moga kita semua sentiasa mendapat hidayah daripada Allah SWT dan sentiasa menyebarkan kebaikan. Aamiin Ya Rabbal Aalaamiin💖




Comments

Popular Posts